Friday 28 February 2014

Hari akhir di RNRri ni plak

 Hari ni hari terakhir aku bekerja di RNR BEHRANG.Mungkin awal2 dulu aku malas nak update pasal kerja aku.Malaslah plak~so,hari ni aku juz nak bagi taw kerja RNR sememangnya mudah dan seronok.aku boleh kenal dengan berbagai-bagai manusia.Macam2 ragam aku jumpe.Adik yang kaki judi,kaki arak sampaikan driver bus yang mempunyai skandal pon aku kenal.haha..tak perlah~~,Itu semua sebahagian daripada lumrah kerje aku yg mesti menghadapi mereka semua.Diorang okey jer,fell good always lah..Hari ni plak aku ade sorang pekerja baru masuk,aku usha2 jer.Muke biaselah..Boleh go jugak.Tapi,aku cube berpegang pada satu,plelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik.So,aku berusaha untuk jadi yang baik supaya aku dapat si dia H@#$%...
  Hari terakhir tu aq ade snap gambar lah dengan seorang pak cik legend yang dah lame kerje situ.Die sempoi,sekepala dengan aku.Memang terbaik.Kalau bab perempuan~~pERGH!!!Memang sanggup tunggu dari masuk tandas sampai keluar tandas.Itulah kehidupan di RNR.berbekalkan motor ex5 class.Aku merayau mencari rezeki.Kini aku tidak bergaji dan cube untuk berdikari.Malam ni pula aku on lah Facebok..Saje nak usha2 berita(BAJET)..hahaha..tetiba nampak pulak budak yang pernah bersama aku suatu ketika dahulu on9.aku cuba menyapa.Tapi,10 minit kemudian baru die reply.Pelik jugak,canne boleh on9.Walhal kat hostel..hahaha.handphone abng rupenye o-0..Seronok die dapat abang yang memahami..Harap abang yang rapat dengan dia tak ambil kesempatan disebabkan beliau adalah orang yg dikenali.Sayang aku memang tak pernah hilang walau sebesar zarah sekalipun..Hahaha..ni dah mauk cite lain plak ni..So,x per lah..juz perkongsian jer.
  Nak bace bacelah..x nak x per..semoga anda semua berjaya dimasa hadapan.H@$%# tggu aku 5 tahun lagi.
#D.R 13

Tuesday 17 December 2013

MY sirst work stories

ASSALAMUALAIKUM....
 
      Hye the reader bloggest (betul ke x).Hari ini adalah hari paling best untuk bulan nie.Nak taw sebab ape?
Sebab..first day aku kerja.Walaupun sebagai lebai hentian dekat R&R Behrang Selatan.Aku dapat rasakan inilah permulaan hidup aku yang baharu.Dari pelajar sekolah menjadi seorang pekerja.Penatnye tak payah nak cakap lah..FUH~~Bukan main lagi..Tatkala itu,baru aku sedar betapa susahnya Ayah aku bekerja untuk menyara keluarga aku.Walaupun sekejap jer aku bekerja (8.am-6 p.m).Tapi,macam-macam aku belajar.Aku belajar berniaga,menjual,meneriam duit daripada pelanggan dan macam-macam lagi.

      Dalam pada itu,ada satu kejadian yang agak memalukan aku.Biaselah..1 time kerja.Apa gua taw.Harga pun ingat-ingat lupa.Ada sekali tu datang beberapa pelanggan nak membeli.Aku pun bajet2 tahu lah..Aku pergilah.Lepas tu die bagi duit kat aku.Aku kira mula2 dah betul.Lepas tu,langsung lupa balnace nak bagi berapa.Siap orang tu yang tolong kirekan..Malu beb.Bukan seorang aku buat.Tapi,ramai jugaklah..Kadang-kadang aku pergi ambil buah kat perumahan Sungai Behrang.First amik dekat sejam.sesat bukan main jauh lagi.Mane lah aku taw,kawasan perumahan felda yang menggunakan huruf sebagai nama jalan.Gua pun suka merantau,memang padan muka lah..Padahnye.Nasib baik jumpe taukey buah tu.Last2,nak balik pon lupe,Taukey tu siap bagi plan lagi kat aku untuk balik.Hahahahah..sangat memalukan dan menyeronokkan...



      Ape2 pon yang paling best jalan die.PER~~!!!Wa cakap lu memang terbaiklah.Motor EX1,jalan sebijik macam motor cross.Memang gile lah.Lopak,air,ladang sawit,nanas muda,tiang elektrik semua aku langgar.Apedehal..kawasan aku..haha...Ape2  pon memang terbaiklah..

#macam-macam aku dapat hari nie,kesabaran,,kesedihan(sesat),keseronokkan dan yang paling penting pengalaman kerana ia mematangkan kita disamping masalah yang mendewasakan kita.Muangkin setakat nie dahulu cerite pertama saya untuk permualaan hidup yang baru.Anda bagaimana??Semoga hari esok lebih baik daripada hari ini..Assalamualaikum sahabat..Jumpa di syurga YA!!!!!


Wednesday 11 September 2013

hari VIVA usuluddin

Hye semua..Assaamualaikum..hari nie setelah 2 bulan tempoh diberikan bagi menyiapkan tugasan.akhirnya tibalah masa untuk aku dan kawan2 mempesembahkan hasil kerja kami dalam subjek Usuluddin.Dah banyak ustaz Khairuddin iaitu guru matapelajaran kami bagi masa,bagi muka dan bagi segala-galanya.Tapi kami sambil lewa sehinggakanhari pembentangan baru nak buat.(PESHANG)!!!
 Tapi,alhamdulillah kami dapat buat dengan agak sempurna walaupun last2 minit.Kata orang ade yang boleh buat kerja last minit.Ada juga yang tak boleh.Depends lah kat diri masin2,Ape2 pon,korang jangan buat kerja last minit macam aku sebab kalau dah buat klast minit macam2 ragam dan masalah timbul.Okey,wish me gOOd luck dan semoga kite semua berjaya dunia dan akhirat...

Friday 16 August 2013

RAYAKU BERSAMA TEMAN

   Assalamualaikum semua umat islam,rasanya dah lama  tak update blog ni.Rasanya dah sampai masa untuk aku kongsikan cerita dengan korang.Raya tahun ini rasanya biasa jer macam tahun-tahun lepas.Cume yang specialnya aku dapat merantau lebih jauh dengan "Kuda Kesayangan" aku.Hahaha...Aku juga memerriahkan kampung aku dengan  letupan meriam oleh PASUKAN MERIAM SG.SELISEK!!!

RAYA PERTAMA

Rasanya tak ada yang istimewa sangat.Same jer dengan rutin tahun-tahun lepas.Lepas solat raya,nangis2 sebentar terus sahaja bergerak ke Puchong untuk beraya ke rumah nenek sebelah ayah.Sampai sana aku macam biasa buat hal sendiri,samalah macam adik-adik aku.Ini berlaku disebabkan kami tidak begitu rapat dan jarak tempat tinggal yang amat ketara jauhnya.Sesudah itu,aku dan family aku terus bergegas ke batu 18 hulu langat untuk menziarah saudara-mara disana.(alahai...setiap tahun macam nie...).Habis jer,family aku dan aku terus bergegas kerumah ayah aku yang terletak di Sungai way.Rumah nie macamrumah persinggahanlah masa raya aidilfitri.Then,malam pula aku rasa seronok sikit,aku dapat kol kawan-kawan aku yang dah lama menyepi iaitu NURUL AIN FARHANA.Borak panjang derrrr..Biasalah,bile dah lama tak borak banyak benda nak digosipnya.Apa-apa pon aku seronok.Yang paling penting aku dapat kol Fatiyah.*nak tahu dia sape*???tunggu nanti yer,bila sampai masanya.Akhirnya aku tidur dengan keadaan nyenyak sekali.

RAYA KE-2

Pagi balik kampung kemudian singgah di kedai Mamak Jalal @ Tanjung Malim.Nasib baik sedap.Kebetulan hari itu adalah hari Jumaat,bapa aku terus "Speed" supaya aku dapat bersiap pergi menunaikan solat Jumaat.Selesai solat Jumaat,hari raya berlalu seperti biasa.Cuma,saudara mara atuk sahaja lah yang datang melawat.Berlalu begitu sahaja.

RAYA KE  3,4,5 dan 6

Tak ada apa yang menarik...

RAYA KE 7

Hahaha..hari nie memang gila.Aku beraya dengan member aku menjelajah satu Hulu Selangor untuk beraya rumah guru-guru STPM.Dari Rawang sampai ke Kalumpang.Semua kami redah.Perjalanan bermula sekitar 9.45 pagi apabila kami semua berkumpul di stesen KTM Rawang untuk bergerak bersama-sama.Awalnya kami pergi ke Sekolah Agama Menengah Rawang untuk beraya ke rumah Ustaz Khairuddin.Memang terbaiklah.Spegeti fdan kuih raya dia memang kaw2 wa cakap lu.Then,kitorang bergegas gerak ke rumah ustazah Salinah dan Noraizah.Hah,ini memang banyak dugaan.Dah lah salah jalan.Kalau nak diingtkan balik memang kelakar lah.Nasib baik ada We Chat,boleh gak lah jadi macam Polis sikit.Haha,dah habis dirumah Ustazah Salinah dan Ustazah Noraizah kami terus bergegas ke rumah Ustazah Hartati.Huh~memang seram doe masuk kawasan Lembah Beringin.Rumah cantik tapi terbengkalai.Kitorang siap berangan nak bangunkan kawasan itu.Kononnya nak duduk bersamalah bila besar nanti."mimpi boleh ler".Sampai ke rumah ustazah Hartati memang berbaloi sebab kitorang dijamu dengan Nasi Putih lauk Ayam masak merah,kari daging,acar buah,sayur dan kordial yang begitu mengancam.Melantak punye melantak tak sedar yang berat dah bertambah walaupun tak sampai sehari kami berjalan.Kebetulan ada mesin penimbang di Ruamah Ustazah Hartati.sume timbanglah berat masing-masing.Konon-kononnya turunlah.Tapi,"HAMPEH!!!"semua meningkat.mana tak nya,lauk bukan main seronok lagi "membaham" makanan yang terhidang.Aish..Selesai sahaj di Rumah Ustazah Hartati kami bergegas ke Rumah Ustaz Khairul Nizam.(dah malam malas nak cerita).Selepas itu Rumah Ustaz Mohamad.Ustaz menjamah kami dengan mee sup.BOleh tahan lah dan terakhir kami pergi ke rumahUstazah Najah.

RAYA KE-8



Raya ke lapan nie aq bergerak secara mengejut.Drive "kuda" aku dari selisek ke Selayang Kemudian Ke Kepong dan Ke Gombak.memang advanture.Nasib baik ada kawan yang naik motor sekali.Dapatlah aku menjejakkan kaki ke rumah Syakir,Nasrul,Iqmal(kecik) dan Zaqwan.Pengalaman yang memang tak akan aku lupakan.Tersangat seronok walaupun duit minyak lari daripada bajet.Tapi,apa adehal.member punya pasal aku redah je.Dengan minyak hitam yang tak pernah tukar ditambah pula tayar yang pancit.aku kasi balun itu "kuda" sampai Selayang.Hahaha.Nasib menyebelahi kami kerana dihidangkan makanan dan minuman yang kaw2 lagi2 sambal JACK.Memang menangis menyembah bumi air mata kalau makan.Sesudah berakhir raya kami,kami bergegas pulang membawa hala tuju masing2.Pasa awalnya aku mengekori Hizam daripada belakang.Tetapi hilang entah kemana selepas aku berhenti mngisi minyak.Aku keseorangan merentas Highway.Nasib lah ada seorang Pak Cik yang baik hati menunjukkan jalan ke Rawang.Aku suka dan terus gerak balik.Awal kan???

RAYA KE-9


Hah..hari ini aku pergi satu tempat jer iaitu Batang Kali sebab kawan2 aku nak datang rumah.Around %.30 diorang sampai.Saja kelentong dekat jer rumah aku walhal macam nak pergi ke KEYYEL.Haha.tak per,yang penting korang datang.Dah & tahun kenal,^ tahun sekolah bersama first time datang rumah aku beraya.Memang terbaiklah rancangan ALLAH.pertemukan kami di saat-saat akhir sebelum masing-masing membawa hala tuju masing-masing.Aku hidangkan mereka Aam rendang,mee goreng dan Nasi impit.Melantaklah korang.Hehehe,seronok aku tengok Cape makan berselera.Apa2 pon terima kasih kawan-kawan.Korang semua memang TERBAIK!!!Semoga kita bertemu di SYURGA.
Sekian sahaja cerita aku untuk kali ini.Apa2 kisah menarik nanti aku post lagi okeyh :)





Saturday 13 July 2013

mengajar kasih seorang insan

  Assalamualaikum...hari nie aq rasa best sangat sebab aq dah buat sesuatu yang luar jangkauan aku.Maybe orang lain dah biase lah.tapi untuk budak kampung macam aku nie memang AMAZING wa cakap lu.Nak tau apa?hah..sebenarnye aq dah plan lama pasal ni.aq
nak pergi merantau ke AMPANG...asyik dengar orang cite ampang ade macam2,bestlah,tu lah nilah...rase teruja pulak.tu yang buat aq nekad nak gerak tadi gak.patutnya awal pagi,tapi semuanya disebabkan aq tertidur lepas subuh tu yang terlajak sampai ke tengah hari.
  Pabila cahaya matahari tegak berdiri diatas kepala,aq mulakan langkahku dengan menaiki motor.Aku menyanyi,menari kat atas motor dengan semangt yang berkobar-kobar untuk menuju ke destinasi.pada awalnya aq singgah di sekolah aq iaitu Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu untuk ambil wallet india yang aq jumpa dulu.tapi sayang hilang daripada pandangan.nasib baik aq terjumpa al quran aku yang tertinggal.hahaha.lepas solat di sekolah,aq terus gerak menuju ke AMPANG.sebenarnya aq x taw jalan,aq main redah jer.entah mana2 aq masuk,mula2 highway Latar,pastu batu caves,masuk KL,keluar ampang jaya.huh~~nasib baik ada manusia yang baik hati tolong tunjukkan aku jalan.thanks kawan walupun x knal(hahaha)....
  Tapi,satu perkara yang pasti sebenarnya aq nak pergi round KEYYEL..aq nak buat something kat sana.haha.Aku x hirau panas yang datang.hujan mencurah-curah.yang penting aku sampai ke rumah dia.Tapi,apa yang sedihnya setibanya aku disana....dia x ada.aku dah cari,raound,pusing berpuluh-puluh kali.Aku x berputus asa,aku tunggu juga.tapi sayang,jam dah menunjukkan pukul 4.30 p.m.So,aq terpaksa balik sebab malam dah nak terwaih.takut x sempat.Apa2 pon aku bersyukur sebab aku dapat sampai ke destinasi yang aku nak.ni semua atas izin ALLAH.next time aq nak pergi lagi,tapi kali nie,aq nak pergi semua rumah2 yang aku ada kenalan kat ampang..hahah(tamak kan)..tak pe lah...x de rezeki kan.
  Then,aku start enjin motor dan gerak balik dengan hati yang agak sayu,..huhu~dapat jugaklah beli baju hujan,kenangan dari taman seri bayu,kampung tasik tambahan,ampang.hahaha.Apa lagi,aq pakai dan redah,dah lah hujan lebat.jalan balik pun tak taw.maklumlah duduk kat tanjung malim.ngade2 nak gerak pergi ampang.memang gila lah cite nye.fisrt time wyh naik MRR2.huhu~~redah punye redah akhirnya sampai gak rumah pukul 6.50.memang lenguh lah citernye..tu yang aq melantak macam2 air time buka puasa.HAH.buka puasa qkali ni pulak best sebab mak usu aq ade,ayah aku pun balik.so,ramai lah sikit.malam gerak g terwih.habis jer macam biasa bro.meriam..haha..malam ni meriam kami kuat berbanding kampung sebelah..huh~letop habis punye.10.45 p.m aq balik dan terus on9.
   Lastly,aku nak pesan kat korang dan diri aku sendiri.1)yakin pada diri dalam membuat sesuatu keputusan. 2)berani buat berani tanggung. 3)sanggup berkorban ungtuk orang yang kita sayang. 4)sediakan minyak dan duit yang secukupnya untuk merantau.hahaha..so,jadikan hari0hari kita sentiasa menarik dan hebat.
Assalamualikum..selamat malam kawan2...

Tuesday 9 July 2013

first day puasa @ hostel!!! 2013

assalamualaikum..guys,today hari 1 puasa untuk 2013..memang best.tapi penatlah.maklumlah~dah lame x puasa ramadhan,puasa sunat apa tah lagi..ini permulaan lah kononnya dalam hidup aku.nak buka buku baru.(seriusly).
apa2 pun aku akan cuba jadikan ramdhan nie ramadhan yang terbaik sepanjang aq hidup 19 tahun ni.aq nak usaha ajak family,kawan2 dan adik usrah aku untuk sama2 up kan ramadhan kali ni.so,korang pun kene same2 okeyh!!
do the best among the best.jadikan hidup hari ni hari terbaik dengan andaikan hari ini adalah hari terakhir kita hidup.BARU RASA SEMANGAT NAK BERIBADAT.OKEYHLAH KAWAN~SAMPAI SINI JER HARI NI so,enjoy.. your days..

Monday 8 July 2013

barang yang lepas usah dikenang

assalamualaikum semua~~hari ni first day aq aq bealajr untuk minggu nie..tapi,x de lah belajarn sangat.aq main2 jer.hasilnye aq x dapat apa2 pon hari nie.hehe~`menyesal...korang jangan tiru plak ye...
ni,sebenarnye semalam aq tidur surau sekolah aq.actually,dah selalu dah aq tidur..tapi malam tadi rasa macam sedih sikit la~aq dah luka kan hati seorang insan yang paling rapat dengan aq kat hostel ni..walaupun die kecik lagi.tapi aqtaw die terasa dengan aku....rasa menyesal lak..

 Selama ni aq jadi tempat dia mengadu,die luahkan perasaan.tapi,kini ntahlah...aq rasa aq dah tipu die.aq selalu ceritakan pasal die kat orang lain.tapi,bukanlah buruk2 kan die...mungkin sebab kan tu kowt malam tu die larikan diri daripada aq.tapi,x lama...die elok balik cuma sedikit terkilan sebab taw ape yang aq dah buat kat die.malam tu aq cube tenangkan hati aq dan tarik hati die balik..then,mngkin aq berjaya .mungkin x.ALLAH je taw.malam tu berakhir dengan penuh syahdu.aq tak boleh nak tidur.aq duduk tepi die sambil die baring dan mata diusap tanda menghilangkan air mata.die cube untuk gembira kan aq.tapi aq sedih sangt time tu.mungkin korang semua x dapat rasa sebab korang x laluinya.x per lah...lepas tu je aq terus tidur sambil tangan die mengesat air mata aq.sweet gile,.ni barulah rabithah.tautan kasih yang kekal sampai ke syurga.amin~~harap kawan2 pon macam tu juga.
 
  Anyway,sekarang aq dapat belajar bahawa menjaga hati kita sayanag adalah penting.jgn diburuk-buruk kan..ape yang lepas itu menjadi kenangan,.bingkas bangun wahai rifqi!!!!!perjalanan harus diteruskan.